Hari Sukan Negara- kuiz kesihatan 2015

 

Kuiz kesihatan telah diadakan di Dewan Terbuka Semsira pada 10 Oktober 2015 (Sabtu) setelah selesainya acara senamrobik dan berjalan 10,000 langkah.  Para pelajar diminta tampil ke hadapan untuk menjawab soalan kuiz yang diberikan oleh Tn Syed Lokman. Pelajar diberi masa 5 saat untuk menjawab soalan dan boleh merujuk kepada pamplet kesihatan yang diberikan kepada mereka.