Jamuan Hari Raya dan Majlis Sanjungan Budi peringkat Sekolah telah diadakan pada 13 Julai 2016 (Rabu) bermula dengan para pelajar dan guru berkumpul di Dewan Tertutup berikutan dengan keadaan cuaca yang lembab seawal 7.30 pagi. Para pelajar dan guru memakai pakaian raya untuk memeriahkan suasana Jamuan Hari Raya. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, ucapan aluan Pengerusi Majlis, dan bacaan doa daripada Ustaz Roslan bin Saffiee. Majlis diteruskan dengan ceramah Agama dengan tajuk “ Hari Raya Eid Mubarak ” oleh Ustaz Ismail bin Romli, ucapan Tuan Pengetua, jamuan pelajar di kantin sekolah, sambutan ketibaan VIP dan VVIP dan diakhiri dengan Jamuan guru dan tetamu jemputan.