PANITIA KIMIA 2019 JABATAN SAINS MATEMATIK
Tarikh :18 JULAI 2019
Masa :12.15 – 1.15 Tengahari
Tempat : MAKMAL KIMIA
Penyelaras : En. Nurul Izad Bin Ali dan En. Jasmansyah Bin Che Lah (Guru Kimia SMK Syed Sirajuddin)
Penglibatan : 22 orang pelajar (Tingkatan 4 Sains : 10 orang dan Tingkatan 5 Sains : 12 orang)
Bersempena Bulan STEM 2019, Panitia Kimia telah mengadakan Jelajah Dunia Kimia sebagai tapak asas untuk menguji kefahaman ilmu Kimia di kalangan pelajar. Aktiviti ini terbuka kepada semua pelajar menengah atas dari Aliran Sains iaitu Tingkatan 4 Sains dan Tingkatan 5 Sains.
Objektif aktiviti ini adalah seperti berikut :
- Menguji tahap kefahaman dalam ilmu asas Kimia dikalangan pelajar;
- Menimbulkan minat pelajar peringkat sekolah menengah atas terhadap Kimia; dan
- Memajukan pendidikan Kimia di sekolah.
Aktiviti ini mengandungi enam cabaran di mana pelajar menyelesaikan beberapa bentuk soalan secara berkumpulan dalam tempoh masa satu jam dengan menggunakan borang khas yang diedarkan. Setiap cabaran dipaparkan melalui persembahan powerpoint.
Enam cabaran yang dimaksudkan ialah :
Cabaran 1 : Famous Chemists
Peserta perlu mencari 20 nama ahli sains dalam silang kata yang diedarkan.
Cabaran 2 : Chemical Equations
Peserta dikehendaki mengimbangkan 10 persamaan kimia dengan meletakkan nombor pekali.
Cabaran 3 : Chemical Formulae
Peserta dikehendaki menamakan 10 sebatian dengan ejaan yang betul.
Cabaran 4 : My Name Is…
Peserta dikehendaki menamakan lima alat radas dan kegunaannya masing-masing.
Cabaran 5 : Jom Kira JMR!
Peserta dikehendaki menghitung jisim molekul relatif dari lima sebatian kimia.
Cabaran 6 : Betulkah Saya Salah?
Peserta dikehendaki mengenalpasti sama ada pernyataan yang dipaparkan betul atau salah.