Seramai 85 orang pelajar yang terdiri daripada Tingkatan 1 sehingga 6 telah mengambil bahagian dalam KANGAROO MATH COMPETITION KMC 2015 yang diadakan pada 26 Mac 2015 di SMK Syed Sirajuddin. Para pelajar telah dibahagikan mengikut kategori iaitu kategori Cadett untuk Tingkatan 1&2, kategori Junior untuk Tingkatan 3&4 dan kategori Student untuk Tingkatan 5&6 Tahniah kepada para pelajar yang telah mendapat keputusan terbaik 7 ‘honorable mention’ iaitu Siti Nur Natasha Binti Roslan 5c untuk kategori Student. 6 orang pelajar lagi adalah Adisak a/l Bun Ling 4Sains, Suthasinee a/p Peam 4Sains, Natasha a/p Chatri 4Sains, Filza Irdina binti Yazali 4Sains, Muhammad Imran bin Jamaludin 3KPG dan Nursyamimi binti Husin 3KPG untuk kategori Junior.