KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA KALI KE 40 BAGI TAHUN 2018
Kejohanan Sukan Olahraga kali ke 40 SMK Syed Sirajuddin telah diadakan pada 27 -28 Februari 2018 yang lalu. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Encik Tajuddin Bin Zin YDP PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin pada 27 februari 2018 jam 2.30 petang di Dataran Pavilion sekolah . Turut serta dalam majlis perasmian pembukaan sukan olahraga 2018 ialah Tuan Pengetua Encik Hakimi Bin Abas ,Penolong Kanan Encik Muhamad Nasir Bin Abdul Mutallip , Penolong Kanan Ko Kurikulum Pn Hamisah Binti Hamid , Penolong Kanan HEM Encik Ahmad Shakri Bin Hashim , guru guru serta para ibubapa . Temasya sukan olahraga kali ini melibatkan semua pelajar termasuk pelajar pelajar tingkatan 6 dan pelajar pelajar Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) .
Majlis penutup Kejohanan Olahraga 2018 telah di adakan pada 28 februari 2018 jam 4.00 petang bertempat di Padang Sekolah . Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua En Hakimi Bin Abas . Majlis dimulakan dengan perbarisan masuk kontinjen kontinjen sekolah iaitu Pasukan Badan Beruniform dan Rumah rumah sukan. Majlis Penutup diserikan dengan acara Tarik tali antara rumah rumah sukan serta upacara penyampaian hadiah kepada semua pemenang .
Tahniah kepada semua ketua rumah sukan serta guru guru yang bertungkus lumus dalam menjayakan temasya Sukan Olahraga SEMSIRA kali ke 40 .
Tarikh : 27 & 28 Februari 2018 ( Selasa & Rabu)