Kejohanan Balapan dan Padang SMK Syed Sirajuddin kali ke 36 telah berlangsung di Padang SMK Syed Sirajuddin pada 9 September 2014 hingga 11 September 2014. Kejohanan telah dirasmikan oleh Encik Tajuddin bin Zain PJB di Pavilion SMK Syed Sirajuddin pada 9 September 2014 , jam 2.30 petang. Pada tarikh yang sama, acara kejohanan bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 12 tengahari dan bersambung semula dari pukul 2.30 petang sehingga 6.00 petang. Acara kejohanan diteruskan pada keesokan hari dan pada 11 September 2014. Rumah Temenggong merupakan juara untuk acara kejohanan pada tahun ini, manakala Rumah Syahbandar menjuarai perbarisan dan perhiasan rumah. Sulaiman bin Adam dari Rumah Syahbandar merupakan olahragawan sekolah pada tahun ini, manakala Nurul Syafiqah Mustaqmal dari rumah Temenggung merupakan olahragawati sekolah.