Kejohanan Balapan dan Padang SMK Syed Sirajuddin bagi tahun 2015 telah di adakan bermula 24 hingga 26 Februari 2015 bertempat di Padang Sekolah . Pelbagai acara telah dipertandingkan antaranya acara larian 200 M, 400 M, 4×100 M, 4×400 M, Lompat Tinggi, Lompat Jauh, Lontar Peluru dan Tarik Tali . Kejohanan kali ini menyaksikan penglibatan semua pelajar dalam semua acara yang dipertandingkan. Selain membolehkan lebih ramai murid mengambil bahagian, penglibatan ini dilihat dapat meningkatkan tahap persaingan yang sihat sesama murid, selain menonjolkan bakat bakat baru dalam acara balapan dan padang SEMSIRA.
Upacara Perasmian Pembukaan yang berlangsung pada hari pertama kejohanan telah disempurnakan oleh YDP PIBG Encik Tajuddin Bin Zain . Turut hadir pada hari tersebut ialah Tuan Pengetua, Barisan Pentadbiran SEMSIRA, ahli ahli jawatankuasa Persatuan Ibubapa dan Guru SEMSIRA..Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Perbarisan Lintas Hormat oleh Pasukan Badan Beruniform dan Rumah Sukan .Majlis diteruskan dengan upacara menaikkan bendera kejohanan di ikuti dengan bacaan Ikrar Kejohanan Oleh wakil pelajar Saudari Amira Binti Saffri. Seterusnya Ucapan Perasmiaan Kejohanan oleh YDP PIBG Encik Tajuddin Bin Zain . Selepas ucapan perasmian , kontinjen perbarisan bergerak keluar padang dan acara kejohanan balapan dan padang diteruskan.
Kejohanan pada kali ini turut diserikan dengan kehadiran ibubapa yang turut hadir dalam memberikan sokongan pada anak masing masing. Sokongan moral yang diberikan oleh ibubapa, guru guru dan semua murid kepada rumah sukan masing masing berjaya meniup semangat kesukanan dalam diri setiap peserta yang bertanding . Begitu juga usaha dan bantuan daripada guru guru rumah sukan dan murid murid yang bertindak sebagai ahli jawatankuasa dan pegawai pertandingan yang telah menunjukkan kerjasama dan kecekapan yang tinggi dalam menjayakan kejohanan tersebut .
Majlis Perasmian Penutup berlangsung pada hari ketiga kejohanan bermula jam 4.00 petang. Majlis di serikan dengan kehadiran Tuan Pengetua, Encik Hakimi Bin Abas. Majlis dimulakan dengan Perbarisan masuk kontijen Pasukan Badan Beruniform dan Rumah Sukan. Di ikuti dengan acara Tarik tali antara rumah sukan dan pegawai kejohanan .Seterusnya berlangsung upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Kejohanan berakhir dengan Ucapan Perasmian Penutup oleh Tuan Pengetua SMK Syed Sirajuddin, Encik Hakimi Bin Abas.
Pihak Sekolah merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih khususnya kepada semua warga sekolah dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan kejohanan Balapan dan Padang SEMSIRA bagi tahun 2015.