Pada 23 Januari 2016, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah dengan jayanya. Objektif program ini adalah untuk melahirkan para pelajar yang sihat fizikal dan mental serta berminat dalam bidang sukan. Objektif lain kejohanan ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga SEMSIRA dalam mengendalikan acara sukan.
Kejohanan merentas desa tersebut berjaya menjalin hubungan silaturrahim dengan Negara jiran iaitu Thailand. Seramai 12 belas orang peserta dan 2 orang guru pengiring dari Kolej Princess Chulaborn, Satun, Thailand telah turut serta dalam tersebut. Penyertaan dan semangat kesukanan yang dipamerkan oleh mereka amatlah membanggakan sekali. Semoga mereka akan turut serta lagi dalam kejohanan yang akan datang.
Acara merentas desa bermula pada pukul 7.30 pagi dan tamat pada pukul 11.30. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Dewan Merdeka. Peserta yang telah Berjaya dalam kejohanan tersebut telah dberikan hadiah- hadiah yang menarik dan lumayan. Tuan Pengetua mengucapkan gigaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan kejohanan ini dengan penuh dedikasi. Beliau berharap agar kejohanan merentas desa tahun depan akan lebih meriah lagi.
Laporan disediakan oleh :
Noormala Tompang