Kejohanan merentas desa Smk Syed Sirajuddin telah dijalankan pada 30 Januari 2015 (Jumaat), bermula dengan taklimat oleh En. Azmi bin Saad(setiausaha sukan) pada jam 7.30 pagi. Acara diteruskan dengan para pelajar bergerak ke rumah sukan masing-masing untuk mendapatkan tanda bagi setiap kategori yang diwakili dan diikuti dengan pelepasan setiap kategori. Rumah Bendahara yang diketuai oleh En. Muhammad Fardi telah menjuarai kejohanan merentas desa untuk tahun 2015. Tahniah, diucapkan.