Kem Kecemerlangan Akademik Diamond In the Rough 2 (15 – 17 Oktober 2015).

 

Kem Kecemerlangan Akademik Diamond In The Rough
Tarikh : 15 Okt 2015 – 18 Okt 2015
Tempat : Hotel Pauh Inn, Pauh Perlis

Seramai 60 orang pelajar telah terpilih untuk mengikuti kem ini yang telah pun berlangsung selama 3 hari 2 malam. Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada kalangan pelajar yang memperoleh keputusan yang baik dalam Peperiksaan Percubaan SPM baru -baru ini iaitu dari kedudukan pertama hingga 60 dalam tingkatan. Antara slot yang dimuatkan dalam program tersebut ialah slot motivasi, bengkel mata pelajaran di samping aktiviti riadah.

Tujuan utama kem kecemerlangan ini adalah untuk menyuntik semangat kepada calon SPM 2015 yang dijadualkan bermula pada 2 november 2015. Berdasarkan soal selidik yang dijalankan selepas kem tersebut berlangsung, ternyata para peserta amat teruja dan mengambil kesempatan yang diberi untuk memanfaatkan ilmu dan teknik jawab dalam peperiksaan yg telah  disampaikan.

Hasil komitmen yang tinggi daripada warga pendidik dan sokongan yand tidak berbelah bahagi daripada pentadbir, maka kem ini telah berlangsung dengan jayanya.

Disediakan oleh :

Pn Shaharom binti Saad