Kursus Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) telah dijalankan pada 23 Januari 2015(Jumaat) , jam 3.00 petang, bertempat di bilik Akses SMK Syed Sirajuddin. Kursus ini merupakan Kursus LADAP(Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia) yang pertama untuk tahun 2015 dan telah disampaikan oleh En. Makhzani b. Mohd. Alim, Penolong Pengarah di Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.