Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan ATHAM oleh JPN Dan GBKSM Negeri Terengganu 2017

LAWATAN PENANDA ARAS ATHAM

DARIPADA GURU-GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING NEGERI TERENGGANU

9 FEBRUARI 2017

Hari : Khamis

Seramai 45 orang Guru Bimbingan dan Kaunseling dari negeri Terengganu telah berkunjung ke SMK Syed Sirajuddin untuk lawatan penanda aras bagi program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia. Lawatan singkat ini mengambil masa lebih kurang tiga jam dengan tujuan untuk sama-sama berkongsi maklumat serta mengiktiraf kejayaan sekolah ini yang telah memenanagi Tempat Ketiga dalam Pertandingan ATHAM peringkat kebangsaan bagi tahun 2016.

Antara pengisian program lawatan ini ialah, sesi taklimat dan pembentangan oleh Tn. Syed Lokman Hakim berkaitan dengan instrumen dan bukti-bukti penilaian juri dalam pertandingan tersebut. Keterujaan untuk mencungkil rahsia di sebalik kejayaan yang diraih oleh SMK Syed Sirajuddin ini jelas terpancar menerusi pelbagai soalan yang diajukan oleh ahli-ahli rombongan kepada pihak sekolah.

Sebaik selesai majlis ringkas di bilik seminar, guru-guru Bimbingan dan Kaunseling dari negeri Terengganu ini dibawa oleh barisan pentadbir melawat, meninjau dan menjamu mata ke beberapa lokasi sekitar SMK Syed Sirajuddin. Antaranya ke PPKI, laluan-laluan yang menempatkan artikal berkaitan ATHAM dan sehinggalah berakhir di blok yang menempatkan Tingkatan Enam.

Lebih kurang pukul 10.30 pagi, ahli-ahli rombongan tersebut beredar meninggalkan SMK Syed Sirajuddin menuju ke destinasi yang lain pula.

 

Disediakan oleh,

Pn Shaharom Binti Saad