Majlis Jaya Waris Pelajar Tingkatan 5 Tahun 2016 telah berjaya dilaksanakan pada 23 Jun 2016 (Khamis) bermula dari jam 12.45 Tengah hari, bertempat di Dewan Tertutup SMK Syed Sirajuddin. Majlis dimulakan dengan pendaftaran ibubapa, diikuti dengan ucapan alu-aluan Pengacara Majlis, bacaan doa, ucapan Setiausaha Peperiksaan SPM, penyampaian Anugerah Potensi Gemilang, dan ucapan Pengetua. Majlis diakhiri dengan penyerahan Slip keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun SPM 2016.