Majlis Jaya Waris Tingkatan 5 telah diadakan dalam dua peringkat. Peringkat pertama telah dijalankan pada 11 Oktober 2016 (Selasa) bermula dari jam 12.45 tengahari hingga 2.05 petang di Dewan Tertutup. Sasaran pelajar melibatkan pelajar Tingkatan 5 Sains, 5 Arif, 5 Bestari dan 5 Cekal.
Peringkat kedua pula telah dijalankan pada 12 Oktober 2016 (Rabu) bermula dari jam 12.45 tengahari hingga 2.05 petang di Bilik Seminar. Para pelajar yang terlibat terdiri daripada 5 Dinamik, 5 Effisien dan 5 Fitrah.