Majlis Pelancaran Bulan Bahasa & Sastera serta Nilam

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa & Sastera serta Nilam telah dijalankan pada 1 April 2014 (Selasa) di Dataran Patriotik SMK Syed Sirajuddin. Majlis dimulakan dengan penyampaian sijil lantikan pengawas pusat sumber, diikuti bacaan ikrar pengawas pusat sumber yang diketuai oleh saudara Amir Faris bin Rahim, pelajar 5 Arif. Majlis diteruskan dengan Pn. Surayya memberikan ucapan berkaitan dengan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan bahasa ini.  Majlis diteruskan dengan  gimik para pengawas pusat sumber membawakan bungkusan untuk diberikan kepada Tn. Pengetua, En. Hakimi bin Abas.  Seterusnya, saudara Kamal Zafri, pelajar 5 Sains menyampaikan sebuah sajak dan diikuti dengan ucapan Tn. Pengetua. Majlis diakhiri dengan perasmian bulan bahasa & sastera serta nilam oleh Tn. Pengetua.