Majlis pelancaran penutup Bulan Sains Dan Matematik 2016 dengan kerjasama UniMAP Centre of Excellent telah dijalankan pada 1 Ogos 2016 (Isnin) di Dataran Patriotik . Majlis dimulakan dengan guru dan pelajar berkumpul di tapak perhimpunan pada jam 7.40 pagi diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa dan bacaan ikrar. Seterusnya diikuti dengan penyampaian hadiah oleh Prof. Madya Dr. Hezry bin Desa, Dekan Bussiness School Universiti Malaysia Perlis dan Dr Zuradzman bin Mohamad Razlan, pensyarah kanan UniMap kepada para pelajar yang telah mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap aktiviti yang dianjurkan oleh panitia-panitia di bawah Jabatan Sains dan Matematik. Majlis diteruskan dengan pelancaran dan gimik penutup Bulan Sains dan Matematik , diikuti dengan ucapan wakil UniMAP dan ucapan Tuan Pengetua.
Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Negeri dan lagu sekolah, diikuti dengan pertunjukkan drone di padang sekolah dan pameran drone di Pavillion.