Majlis Pelaporan PT3 2014

Majlis Pelaporan PT3 telah diadakan pada 22 Disember 2014 ( Isnin) , bertempat di Dewan Merdeka.  Majlis bermula pada  jam 9 pagi.  Majlis Pelaporan PT3 merupakan majlis penyampaian  sijil  bagi Ujian PT3 (yang telah menggantikan Peperiksaan PMR)  untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 2014.  Kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang diucapkan tahniah. Kepada para pelajar yang tidak begitu cemerlang, masih ada peperiksaan yang perlu dihadapi. Teruskan perjuangan kalian untuk mencapai pencapaian yang lebih cemerlang pada masa-masa akan datang.