Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2017 telah diadakan pada 31 Disember 2016 (Sabtu), bertempat di Dewan Merdeka SMK Syed Sirajuddin. Majlis bermula seawal jam 8.30 pagi dengan para pelajar, ibubapa dan guru mengambil tempat di Dewan Merdeka, diikuti dengan bacaan doa, ucapan aluan pengerusi majlis, ucapan Tuan Pengetua, taklimat pendaftaran, memperkenalkan Guru-guru Tingkatan 1, pendaftaran pelajar di kaunter-kaunter yang disediakan dan diakhiri dengan pembelian buku tulis di Koperasi Sekolah.
