Majlis Penetapan Target (Perjanjian Akademik) Pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan PraUniversiti 2014

Majlis Penetapan Target ( Perjanjian Akademik) Pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan PraUniversiti 2014 telah diadakan pada hari Jumaat, 18 April 2014. Majlis bermula pada jam 9.45 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi. Majlis telah diadakan di Dewan Terbuka Smk Syed Sirajuddin dan dihadiri oleh para ibubapa pelajar Tingkatan 5 dan PraUniversiti. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ceramah/motivasi, ucapan Tn. Pengetua, penyerahan sijil anugerah potensi cemerlang kepada wakil-wakil pelajar mengikut kelas, bacaan ikrar oleh semua pelajar, dan akhirnya perjumpaan ibubapa dengan guru -guru tingkatan.