Majlis penyampaian hadiah Kejohanan Pelapis Kebangsaan (angkat berat) Remaja 2016

Majlis penyampaian Kejohanan pelapis kebangsaan (angkat berat) remaja 2016 telah diadakan pada 9 Januari 2017. Para pelajar yang terlibat telah menerima hadiah daripada Tuan Pengetua, En Hakimi bin Abas. Berikut merupakan senarai pemenang :

1. Kategori 53 kg perempuan – Nur Farah Wahida dari kelas 5C telah mendapat pingat emas.

2. Kategori 50 kg lelaki –  Muhd Nabil Fikri dari kelas 3C telah mendapat pingat perak.
3. Kategori 56 kg lelaki – Muhd Nur Faris dari kelas 3D telah mendapat pingat gangsa

4. kategori 77 kg lelaki – Muhd Nur Iman dari kelas 4D telah mendapat pingat perak.

Untuk kejohanan Kebangsaan Remaja Siri yang kedua di Selangor, Muhd Haikal  b. Saipul Adeha ( 5G) telah mendapat pingat gangsa bagi kategori 94 kg lelaki.

Nur Zaid Adi bin Noor Azizam pula adalah atlet perahu layar Perlis, Kategori laser telah menyertai beberapa Kejohanan mewakili Perlis. Antaranya adalah :
1) kejohanan KFC – NSC Melaka Open Regatta 2016 (ranking circuit) bertempatan di Pentas Budaya Pantai Puteri Melaka dan mendapat ranking ke 6 daripada 12 penyertaan.
2) Kejohanan Perahu Layar KFC – 33.
MSA-MILO/NSC-MDKL, National Open Championship 2016 bertempat di Pantai Batu Laut Banting Kuala Langat Selangor dan mendapat ranking ke 7 dan 8 penyertaan pada 30 Nov – 4 Disember 2016.
3) Kejohanan Perahu Layar Tertutup Perlis 2016 bertempat di Empangan Timah Tasoh Perlis dan memenangi tempat kedua dan kelima penyertaan pada 25 Disember 2016