Majlis Penyerahan Sijil PT3, PBS, PAJSK & Psikometrik bagi Tahun 2015 telah dijalankan pada 14 Disember 2015 (Isnin), pada jam 9.00 pagi di Dewan Terbuka. Seramai 4 orang telah mendapat keputusan 8A, 3 orang mendapat 7A, 5 orang mendapat 6A dan 11 orang mendapat 5A. Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan PK1, dan ucapan Tuan Pengetua. Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Pelajar Terbaik PT3, majlis bergambar bersama Pengetua dan penyerahan sijil kepada semua pelajar.