Majlis Penyerahan Surat tawaran kemasukan Ke KPG 2015

 

Majlis Penyerahan surat tawaran kemasukan ke kelas KPG untuk Tingkatan 1, 2 dan 3 telah diadakan pada 8 Februari 2015 (Isnin) di Dataran Patriotik sewaktu perhimpunan rasmi sekolah.  Penyerahan surat tawaran dilaksanakan oleh Pk Pentadbiran, Tn.Hj Ahmad Mahiyiddin. Seramai 64 orang pelajar KPG terlibat dalam majlis tersebut.

Kelas potensi gemilang merupakan satu program untuk meningkatkan pencapaian akademik di sekolah harian biasa dan memberi peluang kepada pelajar untuk mendapat pendidikan berkualiti serta mengurangkan permohonan ke sekolah kawalan. Justeru itu, semua pelajar KPG di Smk Syed Sirajuddin merupakan harapan sekolah untuk melahirkan para pelajar yang bukan sahaja cemerlang di bidang akademik, tetapi juga cemerlang di dalam kokurikulum dan mempunyai sahsiah yang terpuji.