Majlis Perasmian Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia (ATHAM) Peringkat Negeri Perlis Tahun 2016 telah dilaksanakan pada 28 Julai 2016 ( Khamis) di Dataran Patriotik. Majlis bermula dengan ketibaan para jemputan khas pada jam 8.15 pagi, diikuti dengan ketibaan Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, dan Penolong Setiausaha SUHAKAM. Seterusnya, diikuti dengan nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Perlis, lagu sekolah, ucapan aluan Tn Pengetua, En Hakimi bin Abas, ucapan Perasmian oleh Pengarah Pendidikan Perlis oleh Tuan Haji Izmi Bin Haji Ismail. Majlis diteruskan dengan gimik pelancaran ATHAM, penyampaian sijil dan cenderamata, dan persembahan khas (Warna-Warni Malaysia) oleh pelajar-pelajar pelbagai bangsa iaitu, Melayu, CIna, India & Siam. Majlis berakhir pada jam 9.30 pagi.