Majlis Perasmian Penutupan Bulan Bahasa 2016 telah diadakan pada 28 Mac 2016 (Isnin) di Dataran Patriotik. Majlis dimulakan dengan kata aluan daripada pengerusi Majlis, diikuti dengan penyampaian hadiah para pemenang bagi Matapelajaran Sastera, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris (menengah rendah) oleh Pk Pentadbiran. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi matapelajaran Bahasa Inggeris(menengah atas), Bahasa Melayu (menengah rendah dan atas) oleh Tuan Pengetua. Majlis diakhiri dengan ucapan Perasmian Penutupan Bulan Bahasa oleh Tuan Pengetua