Majlis Perasmian Program Sekolah Penyayang & Penampilan Diri 2017

Majlis perasmian program sekolah penyayang & penampilan diri anjuran Bimbingan & Kaunseling sekolah telah diadakan pada hari Isnin, 23 Januari 2017 bertempat di Dataran Patriotik SMK Syed Sirajuddin.

Program ini  mempunyai empat objektif yang bertujuan untuk

(i) mewujudkan budaya yang ‘caring’ di kalangan pelajar dan guru dengan menerapkan sifat bertolak ansur serta saling percaya mempercayai antara satu sama lain dalam program Mentor Mantee.

(ii) membentuk penampilan diri pelajar yang lebih unggul dalam konsep 5S iaitu Senyum, Salam, Sopan, Segak & Syukur.

(iii) memberi penghargaan dan semangat kepada pelajar yang mempunyai rekod kehadiran penuh agar lebih bermotivasi untuk datang ke sekolah dalam Anugerah Kehadiran Penuh Murid.

(iv) menyuntik semangat juang yang tinggi di dalam pencapaian akademik dengan memberi penghargaan Anugerah Harapan Semsirr yang kepada pelajar yang mencapai keputusan cemerlang 6A ke atas serta menaikkan semangat juang pelajar-pelajar yang lain khususnya dalam bidang akademik.

Program Sekolah Penyayang mentor mantee, Bulan Penampilan Diri (5S) & Anugerah Khas iaitu  (anugerah kehadiran penuh & anugerah Harapan Semsira) merupakan satu program di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling. Ia bertujuan membantu para pelajar dalam  bidang Akademik dan Sahsiah.

Bulan Penampilan Diri dijana bagi pembentukan penampilan diri murid yang unggul sebagai pelajar yang berkredibiliti. Konsep 5s diterapkan dalam diri pelajar agar lebih berketrampilan. Sepert memberi senyuman ketika berjumpa gurui dan rakan,  memberi salam, berakhlak sopan, berpakaian segak (kemas) dan sentiasa bersyukur dan tidak lupa kepada Tuhan dengan mendirikan solat walaupun sibuk dengan aktiviti seharian

Anugerah Harapan semsira diwujudkan bagi memberi penghargaan dan motivasi di kalangan pelajar yang mendapat keputusan 6A ke atas.  Ia melibatkan pelajar di Tingkatan 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan Pendidikan Khas dengan melihat keputusan Peperiksaan Akhir Tahun.  Anugerah ini juga akan memberi motivasi  kepada pelajar- pelajar lain untuk lebih berminat kerana lebih dihargai oleh pihak sekolah.

Berikut merupakan nama-nama murid  Anugerah Harapan SEMSIRA berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2016:-

Tingkatan 4

  • Nurul Izzah bt Fahmi                          7A
  • Nuraisya Atierah bt Shapian 6A
  • Norhazira bt Azman  6A
  • Leong Chee Wei 6A
  • Nur ‘Aina Fauzana bt Fisal                  6A
  • Siti Nuridayu bt Idris 6A
  • Muhammad Aidid Izzudin b. Hasri 6A
  • Tan Yen Yi 6A
  • Nurul Nadia bt Rosnizam 6A
  • Noor Azila bt Aqil 6A
  • Nor Fatini Roselan 6A

 

       Tingkatan 5

  • Nurfarhana bt Rosli 7A
  • Mina Suwanno a/p Ai Woong 6A

Anugerah Kehadiran Penuh Murid diwujudkan bagi memberi penghargaan dan motivasi di kalangan pelajar yang mempunyai rekod kehadiran penuh tahun lepas (2016), di mana ia melibatkan semua tingkatan termasuk Pendidikan Khas.

Berikut merupakan Nama-nama murid Anugerah Kehadiran Penuh Murid (2016)

  • Nur Iman Athirah bt Hamidi – 2KPG
  • Mohd Alif Farhan b. Mohd Faizal – 1 KPG
  • Mohd Hairul Amir b. Mohd Zainal – 1 KPG
  • Umarul Afif b. Junaidi – 1KPG
  • Annisa Amirah Adiba bt Salim – 1B
  • Sharafana Ain bt Mohd Shah Irwan – 1C
  • Muhammad Alif Ikmal –

 

Semoga Program Sekolah Penyayang mentor mantee, Bulan Penampilan Diri (5S) & Anugerah Khas iaitu ( Anugerah Kehadiran penuh & Anugerah khas Semsira)  ini, dapat menjadi penanda aras kepada peningkatan kualiti akademik dan sahsiah di kalangan para pelajar. Ini juga, diharap dapat menjadi pendorong utama kepada momentum lonjakkan semangat motivasi  pelajar untuk  lebih berjaya. AMIN…

Laporan : Unit Bimbingan dan Kaunseling SEMSIRA