Majlis Perpisahan Pn Hamidah Alam & En Rohimi bin Din telah dijalankan pada 29 Julai 2016 ( Jumaat) di Dataran Patriotik. Majlis dimulakan dengan ucapan Pn Hamidah, ucapan En Rohimi, ucapan Tn. Pengetua dan diakhiri dengan pemberian hadiah daripada para pelajar, guru, pentadbir sekolah kepada kedua-dua guru yang diraikan. Pn Hamidah telah pun bertukar ke SM Agama Perempuan Kangar sebagai Guru Kanan Kemanusiaan, manakala En Rohimi bertukar ke SMK Guar Nangka.
Warga SEMSIRA mengucapkan terimakasih di atas jasa dan sumbangan cikgu-cikgu berdua selama cikgu-cikgu berada di SEMSIRA. Semoga cikgu-cikgu berdua dapat berkhidmat dengan cemerlang, gemilang dan terbilang di sekolah baru.