Majlis perpisahan untuk tiga orang guru SEMSIRA, iaitu Pn Norliza, Pn Nurul Aini dan Pn Nor Ayuni telah diadakan pada 18 Januari 2016 (Isnin) di Dataran Patriotik. Warga Semsira mengucapkan jutaan terima kasih di atas khidmat dan sumbangan yang telah mereka berikan sepanjang berkhidmat di Smk Syed Sirajuddin. Warga Semsira mendoakan agar ketiga-tiga guru yang disayangi ini akan memberikan khidmat yang cemerlang, gemilang dan terbilang di mana sahaja mereka menyampaikan ilmu.