Majlis Persaraan En. Azhar bin Ariffin – 3 Julai 2014

Majlis Persaraan En Azhar bin Ariffin telah diadakan pada 3 Julai 2014, hari Khamis, bertempat di Dataran Patriotik Semsira. Majlis dimulakan pada jam 7.40 pagi dengan perarakan Tuan empunya diri yang dirai dari Kantin Semsira ke Dataran Patriotik. En. Azhar bin Ariffin telah berkhidmat selama 30 tahun sebagai seorang pendidik bermula dari 3 Januari 1984 sehinggalah 3 Julai 2014. Beliau telah mengajar subjek Kemahiran Hidup . Majlis diteruskan dengan ucapan Pengacara Majlis, ucapan Ketua Pelajar Semsira, Ucapan Tuan Pengetua, dan ucapan En. Azhar . Seterusnya, diikuti dengan persembahan pelajar dan guru, pemberian hadiah dari pelajar dan guru dan diakhiri dengan upacara salam bersama Tuan empunya diri yang dirai. Majlis tamat pada jam 10.20 pagi.