Majlis Persaraan En. Mohamad Adi bin Ismail, Kaunselor SMK Syed Sirajuddin telah pun dijalankan pada 12 Mei 2014(Isnin). Majlis dimulakan dengan perarakan Kaunselor yang dirai bersama Tuan Pengetua dan barisan guru dan diiringi dengan paluan kompang oleh pelajar-pelajar dari kelab kompang. Majlis diteruskan dengan kata-kata aluan pengacara majlis, bacaan doa, ucapan pengetua dan ucapan dari Kaunselor yang dirai. Seterusnya, diikuti dengan persembahan guru dan pelajar serta diselangselikan dengan pemberian hadiah daripada guru-guru dan pelajar-pelajar. Majlis diakhiri dengan penghantaran En. Mohamad Adi oleh para guru ke rumah beliau.