Majlis Persaraan Pk Kokurikulum, Pn Natrah binti Kassim (24 Jun 2016)

Selamat Bersara Pn. Natrah Kassim

Majlis Persaraan Pk Kokurikulum, Pn Natrah binti Kassim telah diadakan pada 24 Jun 2016 (Jumaat) di Dataran Merdeka. Majlis bermula dengan para pelajar berhimpun di Dataran Merdeka. Diikuti dengan pergerakkan para guru dari Dewan Terbuka ke Dataran Merdeka bersama-sama Pn Natrah yang diiringi dengan paluan kompang.Majlis diteruskan dengan nyanyian Negaraku, ucapan aluan Pengerusi Majlis, bacaan doa oleh Ustaz Roslan, ucapan wakil pelajar, ucapan Tuan Pengetua, ucapan yang diraikan, penyampaian hadiah dari kelas-kelas, persembahan, dan penyampaian hadiah daripada unit-unit, bersalam-salaman, bergambar  dan punch card terakhir. Majlis diakhiri dengan perarakan ke rumah Pn. Natrah.