MAJLIS PERSARAAN TUAN PENGETUA, EN. ZAINOL ABIDIN BIN AHMAD 2013

Majlis Persaraan Tuan Pengetua, Encik Zainol Abidin bin Ahmad telah berlangsung pada hari Rabu, 23 Oktober 2013 di Dataran Perhimpunan SMK Syed Sirajuddin.  Majlis dimulakan dengan pelajar berkumpul di Dataran Perhimpunan, manakala semua guru-guru dan staf berada di kantin untuk bersarapan pagi bersama Tuan Pengetua.  Setelah selesai upacara memotong kek dan bersarapan pagi, majlis diteruskan dengan perarakan guru-guru mengiringi Tuan Pengetua ke Dataran Perhimpunan. Perarakan diiringi dengan paluan kompang oleh pasukan kompang sekolah.

Seterusnya, majlis diteruskan  dengan nyanyian Lagu Negaraku, ucapan alu-aluan Pengacara majlis dikendalikan oleh Tn. Syed Lokman , bacaan doa oleh Ustaz Roslan, ucapan wakil pelajar, ucapan YDP PIBG, ucapan Tuan Pengetua(yang diraikan) dan acara memotong kek.  Kemudian, majlis disusuli dengan persembahan nyanyian daripada guru dan pelajar  dan penyampaian hadiah. Majlis diteruskan dengan acara bersalam-salaman di antara Tuan Pengetua dengan staf SMK Syed Sirajuddin serta para jemputan yang hadir. Setelah itu, Tuan Pengetua menjalankan acara punch card terakhir di pejabat sekolah diikuti dengan perarakan ke rumah Tuan Pengetua dengan kereta kuda. Akhirnya, semua guru, pelajar dan staf dijemput menikmati jamuan di rumah Tuan Pengetua.