Majlis redho ilmu PT3 telah diadakan pada 9 Oktober 2015 ( Jumaat) di Dewan Terbuka Semsira. Para pelajar PT3 diberikan penerangan berkaitan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 yang akan diduduki oleh mereka pada 11 Oktober 2015 – 14 Oktober 2015. Disamping itu, para guru memberikan kata-kata semangat dan beberapa tips untuk para pelajar menjawab kertas peperiksaan mengikut subjek masing-masing.