Majlis Sambutan Kehadiran ETA Baru 2016

 

Majlis sambutan kehadiran ETA baru ke Semsira telah dijalankan  pada 25 Januari 2016 (Isnin)  di Dataran Patriotik. Cik Nicole Gras merupakan ETA selepas CiK Savannah Benton mengakhiri kontraknya pada bulan Oktober 2015 yang lalu. Majlis bermula dengan ucapan Tuan Pengetua dan diakhiri dengan ucapan Cik Nicole Gras. Dengan kehadiran beliau di sekolah ini, diharapkan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar di Semsira dapat dipertingkatkan dengan lebih baik lagi.