Mesyuarat Agung PIBG SMK Syed Sirajuddin kali ke-42 2015 telah dijalankan pada hari Sabtu, 28 Februari 2015 pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Terbuka Semsira. Majlis dimulakan dengan pendaftaran ibubapa pelajar, ucapan YDP PIBG dan ucapan En. Hakimi bin Abas, Pengetua Smk Syed Sirajuddin. Majlis diteruskan dengan ucapan dan perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42 oleh YB Dato’ Seri Dr Shahidan Bin Kassim, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Seterusnya, para ibubapa dan tetamu yang hadir dijemput menikmati hidangan yang disediakan sebelum mesyuarat Agung PIBG bermula mengikut agenda.