Minggu 2017 Orientasi Tingkatan 4 Tahun 2017

Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 4 tahun 2017 telah dijalankan di Dewan Tertutup bermula dari 3 Januari sehingga 5 Januari 2017. Pelbagai program diisi untuk minggu orientasi tersebut. Pada 3 Januari 2017, program dimulakan dengan pendaftaran dan taklimat pakej mata pelajaran oleh penyelaras tingkatan 4 dan guru tingkatan. Program diteruskan dengan taklimat disiplin dan kekemasan diri, dan diakhiri dengan Majlis Perasmian Program Orientasi Tingkatan 4 dan perjumpaan waris bersama pelajar.

Pada 4 Januari 2017, program dimulakan dengan Taklimat subjek teras dan elektif oleh semua guru kanan, taklimat UITM, taklimat ke Tingkatan 6 dan diakhiri dengan LDK bersama kaunselor.

Pada hari terakhir, program dimulakan dengan Tajuk : Bercinta di usia muda, salahkah saya?, diikuti dengan taklimat IPMA, taklimat pengagihan buku teks dan diakhiri dengan pengurusan bilik darjah bersama guru tingkatan.