PCCST Academic Festival & Science Fair 2014


Pada 7 Januari sehingga 8 Januari  2015 seramai 8 orang guru dan 11 orang pelajar telah berangkat ke Princess Chulaborn’s College Satun Thailand (PCCST) untuk menyertai festival tersebut. Kontinjen Semsira bertolak pada 6 Januari 2015 dari sekolah pada jam 2 petang dan tiba di PCCST lebih kurang pada jam 4 petang.
Pada hari yang sama, Kontinjen Semsira sekadar meninjau tempat pameran dan para pelajar ditempatkan di asrama bersama-sama pelajar lain yang terdiri daripada beberapa buah sekolah sekitar Thailand, Indonesia, Jepun dan Malaysia. Antara sekolah yang mewakili malaysia ialah SMS Tuanku Syed Putra, SMS Alam Shah, SMS Sultan Muhammad Jiwa, SMS Muar dan satu-satunya sekolah harian diwakili oleh SMK Syed Sirajuddin.
Pada 7 Januari 2015, Kontinjen Semsira menyiapkan tempat pameran untuk mempamerkan: Density & water rocket. Manakala seramai 7 orang pelajar menyertai Science & Mathematics Competition, English Speech, English Proficiency dan Poster Colour Drawing.
Selesai menikmati jamuan tengah hari, guru-guru menghadiri satu majlis MOU antara PCCST dengan SMK Negeri 1 Batam Indonesia dalam usaha menjalin hubungan akademik. Dalam majlis tersebut banyak ilmu yang dikongsi oleh guru-guru dari beberapa buah negara khususnya dalam usaha menarik minat murid untuk belajar dengan seronok dan berkesan.
Pada sebelah malamnya kami diraikan dalam satu majlis makan malam di Nargara Restoran di Satun.
Pada 8 jan 2015, pameran bermula jam 8.00 pagi waktu Malaysia iaitu bersamaan 7.00 pagi waktu Thailand. Acara pembukaan berlangsung dengan meriahnya yang dihadiri oleh Pengarah bahagian pelajaran Thailand dan vvip yang lain. Acara bertukar-tukar cenderamata dengan semua kontinjen dan PCCST turut dijalankan. Kemeriahan dan keseronokan menerokai alam sains dirasai oleh para pelajar khasnya dan semua pengunjung amnya.
Lebih kurang pukul 4.00 petang waktu Thailand, festival berakhir.
Kontinjen Semsira amat bertuah kerana diberi peluang menyertai festival peringkat ASEAN sebegini kerana banyak pengalaman dan ilmu yang diperoleh.

Laporan oleh Pn. Shahrom