Pelancaran Kadet JPJ Peringkat Negeri Perlis 2016

 

SMK Syed Sirajuddin merupakan sekolah rintis penubuhan Kadet JPJ peringkat Negeri Perlis. Bermula Januari 2015 sehingga kini mempunyai ahli seramai 63 orang pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima.

           Selaku sekolah rintis, pihak sekolah telah dibekalkan  dengan sehelai kemeja T kepada semua ahli kadet JPJ serta  35 unit uniform lengkap yang mewakili satu platun.

Pada tahun 2016, sebanyak tiga buah sekolah lagi terpilih untuk menyertai kadet JPJ iaitu SM Sains Tuanku Syed Putra, SMK Syed Ahmad dan SMK Mata Ayer. Sekolah- sekolah tersebut telah menghantar wakil sekolah yang diwakili Pengetua, Penolong Kanan Kokurikulum dan empat orang ahli kadet JPJ. SMK Syed Sirajuddin dipilih sebagai tuan rumah untuk Majlis Pelancaran Secara serentak seluruh Negara pada 10 Ogos 2016 bertempat di Dataran Patriotik, SMK Syed SIrajuddin. Setiap wakil Sekolah telah menerima Watikah Sijil Pelantikan Kadet JPJ 2016.

Majlis ini bermula jam 7.30 pagi telah dirasmikan Exco pengangkutan Negeri Perlis , YB Dato’ Hj Sabry bin Ismail. Turut hadir ialah  Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis iaitu Tn. Haji Izmi bin Ismail , Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan iaitu Encik Azran bin Mohamad ,Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, En. Yaakob bin Abdul Aziz , Pengarah JPJ Negeri Perlis, Tuan Muhammad Affifuddin Bin Mohammad Zohdi  serta para pegawai kanan  JPJ Negeri Perlis.

 Disediakan oleh :

Pn. Salfini