Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan & aktiviti-aktiviti yang dijalankan 2015

 

  • Kata-kata aluan Ustaz Roslan
  • Penceramah menyampaikan ceramahnya
  • Para pelajar Islam mendengar ceramah Ramadhan yang disampaikan
  • Ceramah Ramadhan

 

 

 

Tarikh Pelancaran : 19 Jun 2015 (Jumaat)
Tempat : Dataran Patriotik

Sempena dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan keampunan Allah SWT, pihak Panitia Pendidikan Islam akan memanfaatkan bulan ini untuk membina dan mempertingkatkan kualiti modal insan yang ada di sekolah ini melalui aktiviti yang dirancang. Matlamat program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pengalaman pembelajaran secara langsung dan tidak langsung yang akan mendorong peningkatan minat belajar dan pembentukan akhlak mulia. Pelajar juga dapat memanfaatkan masa dengan melibatkan diri dalam aktiviti Ihya’ Ramadhan. Selain daripada itu, pelajar dapat menambah pengetahuan tentang ajaran Islam dan mengimarahkan bulan Ramadhan serta meningkatkan syiar Islam melalui sambutan Aidil Fitri.

Program ini melibatkan semua pelajar Islam SEMSIRA dan akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan 1436H/Jun/Julai 2015