Penilaian Kokurikulum(10%)
PENILAIAN KOKURIKULUM SEKOLAH ( 10%)
1. PENDAHULUAN
1.1 Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan serta Sukan/Permainan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
1.2 Pada masa ini sekolah menawarkan pelbagai jenis kegiatan Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan. Setiapmurid /pelajar diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya satu daripada setiap jenis aktiviti tersebut.
1.3 Berdasarkan kepada tinjauan ke sekolah-sekolah yang dilakukan oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah ada membuat penilaian terhadap kegiatan kokurikulum yang diceburi oleh murid/pelajar. Namun penilaian yang dibuat oleh setiap sekolah adalah berbeza-beza. Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat adalah berdasarkan persepsi dan keperluan sesebuah sekolah.
1.4 Dalam Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil.9.1997, wakil Bahagian Pengajian Tinggi mencadangkan agar kegiatan kokurikulum di sekolah dinilai berdasarkan format atau kaedah yang tetap dan diiktiraf agar keesahan dan kebolehpercayaan tidak dipertikaikan apabila markah kokurikulum dijadikan sebagai sebahagian dari markah penilaian kemasukan murid/pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam.
2. RASIONAL
2.1 Penilaian kegiatan kokurikulum murid/pelajar yang dibuat oleh sekolah adalah berbeza antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsur-unsur ketidaksamarataan dalam pemberian markah kepada murid/pelajar. Kemungkinan ada pelajar memperolehi markah yang berbeza walaupun pencapaian dalam kegiatan kokurikulum adalah sama. Melalui penggunaan borang penilaian yang ’standard’, unsur-unsur ketidakadilan dalam
pemberian markah boleh dihindari.
2.3 Penilaian kegiatan kokurikulum boleh meransang murid/pelajar untuk bergiat lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Semua murid/pelajar mempunyai peluang yang sama untuk memperolehi markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi murid/pelajar yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam, penglibatan cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita mereka.
3. OBJEKTIF
3.1 Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum yangboleh diterima pakai oleh semua sekolah.
3.2 Membantu Jabatan Pengurusan IPTA dalam membuat penilaian Kemasukan murid/pelajar ke Institusi- institusi pengajian tinggi.
3.3 Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh di Kalangan murid/pelajar dalam aktiviti kokurikulum.
4. GARIS PANDUAN SEMASA MELAKSANAKAN PENILAIAN KOKURIKULUM SEKOLAH
Pengurusan sekolah hendaklah mempunyai pengurusan /kemudahan berikut:-
Perancangan yang jelas
Tempat penyimpanan Buku Rekod Penilaian Kokurikulum
Buku Panduan Penilaian Kokurikulum
Rancangan mingguan & tahunan kokurikulum
Buku panduan pelaksanaan aktiviti yang dikeluarkan oleh KPM dan agensi luar.
Gambar murid/pelajar dilekatkan pada buku rekod penilaian kokurikulum
Semua murid/pelajar mesti mempunyai buku rekod penilaian kokurikulum
Bekerjasama dengan Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk merekod dan menyerahkan data pencapaian murid/pelajar
Mengadakan taklimat kepada Setiausaha Peperiksaan, Guru Pemimpin/Penasihat dan Guru Kelas
Mewujudkan JawatanKuasa Penilaian peringkat sekolah
Memastikan semua murid/pelajar mendapat peluang menyertai aktiviti Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan
Melantik guru yang berkemahiran sebagai Guru Pemimpin/Penasihat
Memberi peluang kepada guru yang berkemampuan dalam sesuatu bidang menjadi Guru Pemimpin/Penasihat dalam bidan tersebut.
Menyediakan prasarana dan sumber kewangan yang mencukupi
PPD dan JPN melakukan pemantauan secara berkala
Buku Rekod Penilaian Kokurikulum Sekolah Menengah boleh disediakan dalam dua bentuk seperti berikut:-
Dalam tempoh 8 tahun, ( bermula dari kelas peralihan hingga Tingkatan Enam Atas) atau
Dua buah buku bagi tempoh 4 tahun
a) bermula dari kelas peralihan hingga tingkatan tiga
b) bermula dari tingkatan empat hingga tingkatan enam atas
5. PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM
5.1. Aspek-aspek yang dinilai
5.1.1 Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang murid/pelajar dalam setiap jenis aktiviti yang disertai adalah berdasarkan kepada 4 aspek yang berikut:-
* kehadiran
* Jawatan Disandang
* Penglibatan
* Pencapaian
5.1.2 Bagi keempat-empat aspek ini peratus markah yang diperuntukkan adalah seperti berikut:-
Jadual 1
5.1.3 Markah Aspek Kehadiran ialah markah yang tertinggi(50%).
Ini bertujuan untuk menggalakkan murid/pelajar hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Jumlah kehadiran yang maksimum berasaskan kepada jumlah minggu persekolahan dalam setahun; dengan mengambil kira bahawa setiap jenis aktiviti kokurikulum dijalankan sekali seminggu dan dengan peruntukan masa 2 jam ( mengikut kursus). Pengecualian kehadiran hanya dipertimbangkan jika murid/pelajar sakit, menyertai kegiatan lain dengan kelulusan dan sebab-sebab lain yang munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dalam pengetahuan pihak sekolah.
Kehadiran minimum bagi kegiatan Pasukan Badan Beruniform ialah 18 kali perjumpaan setahun. Kelab/Persatuan 12 kali perjumpaan setahun dan Sukan/Permainan 12 kali perjumpaan setahun. Perkiraan markah kehadiran adalah seperti berikut:-
Markah kehadiran
Jika jumlah kehadiran murid/pelajar = a
Jumlah perjumpaan setahun = b
Ketidakhadiran diluluskan = c
(cuti sakit, wakil sekolah dll)
Markah kehadiran = a / (b – c) x 50
5.1.4 Markah Aspek Jawatan Disandang ialah 10% dan diberikan kepada murid/pelajar yang memegang sesuatu jawatan yang tertinggi dalam kegiatan kokurikulum. Sungguhpun begitu ahli-ahli biasa dan jawatan-jawatan yang lain juga diperuntukkan markah mengikut jenis jawatan yang disandang. Tempoh memegang jawatan yang layak diberi markah mestilah sekurang-kurangnya selama 9 bulan. Agihan markah bagi jawatan yang disandang adalah seperti berikut:–
Jadual 2(a)
Pasukan Badan Beruniform Anjuran Kementerian/Jabatan Kerajaan dan Pasukan Kadet Remaja Sekolah ( KRS)
Jadual 2(b)
Pasukan Badan Beruniform – Anjuran Badan Bukan Kerajaan(NGO), Pancaragam Brass, Silat dan Taekwondo
Jadual 3
Kelab/Persatuan/Sukan/Permainan/Seni Bela Diri
5.1.5 Markah Aspek Penglibatan ialah 20%. Markah ini diberikan kepada semua ahli berdasarkan sumbangan dan komitmen mereka di dalam semua aktiviti yang dijalankan dan tahap penglibatan yang disertai.
Markah penglibatan bagi individu dan pasukan atau kumpulan adalah sama. Pemberian markah-markah adalah seperti berikut:-
5.1.6 Markah Aspek Pencapaian ialah 20%. Markah ini merupakan pencapaian murid/pelajar dalam pertandingan di peringkat sekolah/zon/daerah/bahagian/negeri/kebangsaan/antarabangsa. Pencapaian yang dinilai hanyalah kepada kedudukan Johan, Naib Johan dan Ketiga. Dalam aspek pencapaian markah bagi pencapaian yang ditetapkan adalah seperti berikut:-
Jadual 5
5.1.7 Setiap pemberian markah dalam aspek-aspek yang dinilai adalah
Berdasarkan markah tertinggi yang layak diperolehi oleh seorang murid/pelajar. Umpamanya jika seorang pelajar pernah mewakili daerah, negeri , kebangsaan dan antarabangsa, markah aspek pencapaian yang diambil kira hanyalah pencapaian di peringkat antarabangsa (20 markah)
6. KEGIATAN KOKURIKULUM YANG DINILAI
6.1 Setiap pelajar diwajibkan menganggotai Pasukan Badan Beruniform, Kelab /Persatuan dan Sukan/Permainan. Dalam hal ini, setiap pelajar memilih salah satu aktiviti yang terdapat dalam setiap bidang kegiatan kokurikulum tersebut. Ini bermakna penilaian kegiatan adalah berdasarkan:-
a) aktiviti Pasukan Badan Beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri, Pengakap, Seni Bela Diri dan sebagainya.
b) aktiviti kelab/Persatuan seperti Persatuan Bahasa Melayu, Kelab Pencinta Alam, Kelab Seni Foto dan sebagainya.
c) Aktiviti Sukan/Permainan seperti Kelab Olahraga, Kelab renang , Kelab Memanah dan sebagainya.
6.2 Setiap jenis aktiviti yang dianggotai oleh pelajar akan dinilai berdasarkan Aspek-aspek yang telah dinyatakan dalam 5.1.1 dan agihan markah .
Setiap jenis aktiviti adalah sama seperti yang dinyatakan dalam 5.1.2.
Sebagai contoh berikut adalah markah kegiatan kokurikulum yang diperolehi oleh pelajar X:
Contoh :
i. Kegiatan Pasukan Badan Beruniform
ii. Kegiatan Pasukan Badan Beruniform
iii. Kegiatan Pasukan Badan Beruniform
7.3 Gred Penilaian Kegiatan Kokurikulum
7.3.1 Gred penilaian setiap markah yang diperolehi adalah seperti berikut:-
Jadual 6
8.1 Markah Bonus diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang disandang oleh pelajar dan jawatan tersebut bertujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah. Perjawatan tersebut merangkumi:
a. Perjawatan Peringkat Sekolah seperti Pengawas, Pengawas Perpustakaan, Imam dan sebagainya
b. Perjawatan Peringkat Rumah seperti Ketua Rumah, Ketua Bilik /Asrama dan sebagainya.
c. Perjawatan Peringkat kelas seperti Ketua Kelas dan sebagainya.
8.2 Bagi setiap jawatan tersebut markah bonus diberikan sebagai pengiktirafan kepada pelajar di atas sumbangan perkhidmatan setiap tahun. Markah bonus yang ditetapkan adalah seperti berikut:
Jadual 7
8.3 Anugerah khas diberi sebagai pengiktirafan kepada pelajar di atas pencapaian Cemerlang dalam bidang kokurikulum dan kemasyarakatan yang diusahakan sendiri. Markah anugerah khas ini ditetapkan seperti berikut:-
Jadual 8
8.4 Setiap pelajar hanya layak menerima markah bonus untuk salah satu daripada Jawatan disandang seperti di 8.2 atau pengiktirafan atas pencapaian cemerlang seperti di 8.3 yang tertinggi pada setiap tahun.
8.5 Sekiranya jawatan yang disandang dilucutkan atas sebab –sebab tindakan tatatertib atau kes disiplin, maka markah bonus ini tidak layak dimasuk kira.
9. GRED KESELURUHAN
9.1 Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperolehi oleh seorang pelajar dalam dua dari tiga jenis kegiatan kokurikulum yang dianggotai berserta markah bonus. Dua bidang kegiatan dipilih bergantung kepada prestasi markah yang diperolehi, iaitu dua bidang yang menunjukkan prestasi tertinggi.
9.2 Gred keseluruhan boleh diperolehi dengan mencampurkan jumlah markah kedua-dua kegiatan kokurikulum yang diperolehi dan mendapatkan purata bagi kedua-dua markah tersebut. Kemudian nilai tersebut dicampurkan dengan markah bonus yang diperolehi. Hasil tambah tersebut dipadankan dengan nilai gred sebagaimana yang terdapat pada 7.3.1
9.3 Mengambil contoh markah kegiatan kokurikulum yang diperolehi pelajar X perkiraan gred keseluruhan adalah seperti berikut:
Jumlah Markah :
Pasukan Badan Beruniform = 80
Kelab/Persatuan = 68
Sukan/Permainan = 85
Markah Purata = (80+85)/2
= 82.5
Markah Bonus (ketua Murid) = 10
= 82.5 + 10
= 92.5
Gred keseluruhan = A
10. PELAKSANAAN
Semua sekolah menengah di setiap negeri diminta menggunakan format dan borang yang sama dalam membuat penilaian aktiviti kokurikulum pelajar.
Penilaian hendaklah dibuat pada setiap hujung tahun atau selewat-lewatnya awal bulan Januari tahun yang berikutnya. Tempoh ini diperlukan kerana masih ada kegiatan kokurikulum peringkat kebangsaan yang dijalankan pada bulan Disember. Oleh itu, jangkamasa penilaian dalam tahun semasa bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember.
Oleh sebab penilaian kokurikulum dibuat sepanjang tempoh pelajar berada di Peralihan hingga Tingkatan 6 Atas, pihak sekolah perlu menyediakan Buku Rekod Penilaian Kokurikulum yang telah diseragamkan oleh KPM. Langkah ini memudahkan penyimpanan rekod-rekod penilaian dan pemindahan rekod sekiranya pelajar berpindah ke sekolah lain dan kemsukan ke Matrikulasi /IPTA
Pihak sekolah hendaklah membentuk jawatankuasa penilai yang terdiri daripada guru-guru dan dipengerusikan oleh Pengetua
Setiap borang penilaian perlu disemak oleh Guru Pemimpin/Penasihat sebelum disahkan oleh Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum
Penilaian kokurikulum pelajar dilakukan pada setiap tahun sepanjang persekolahannya. Keputusan penilaian akan dipersembahkan dalam bentuk prestasi tahun semasa( GPA) dan himpunan prestasi sepanjang tempoh persekolahan(CGPA). Contohnya prestasi GPA dan CGPA Pelajar X dalam bidang kokurikulum dalam tempoh persekolahan sehingga Tingkatan 5:
Contoh Pengiraan CGPA Tingkatan II = (69+82)/2
= 75.5
Tingkatan III = (75.5 + 83)/2
= 79.25
Tingkatan IV = (79.25+89)/2
= 84.13
Tingkatan V = (84.13+80)/2
= 82.06
Untuk mendapatkan markah 10%, markah akhir hendaklah dibahagikan dengan 100 dan didarabkan dengan 10. Contoh:
Tingkatan V = 82.06 / 100 X 10
= 8.21
Kes-kes terpencil
Penilaian Kokurikulum bagi:
• murid/pelajar Pendidikan Khas
• murid/pelajar kurang upaya
• pesakit kronik / luar biasa
• sekolah di kawasan pedalaman
• sekolah kurang murid (SKM)
Kes-kes Khas
Murid/ pelajar yang terlibat dalam aktiviti sukan berprestasi tinggi hendaklah dinilai mengikut kriteria seperti murid/ pelajar biasa.