PETROSAINS 2013

Pertandingan Petrosains 2013

      

       Setiap tahun, pihak Petrosains akan menganjurkan Pertandingan Petrosains Science Show Competition. Penyertaan pelajar di sekolah adalah tidak terhad. Pertandingan ini dijalankan secara tiga peringkat iaitu peringkat saringan, peringkat zon (separuh akhir) dan peringkat akhir.

       Pada saringan awal, para peserta dihendaki menghantar skrip eksperimen dan pertunjukan sains yang dirakam dalam bentuk video ke petrosains di KLCC. Pemilihan 10 pasukan yang terbaik di setiap zon (terdapat 6 zon) akan dilakukan oleh pihak petrosains. 10 pasukan yang terpilih ini akan mewakili negeri masing-masing untuk dipertandingan di peringkat zon. Pasukan yang mendapat Johan dalam peringkat zon pula akan dipilih mewakili zon ke peringkat akhir.

           Pada tahun ini, sekolah kita telah menyertai Pertandingan Petrosains Science Show Competition 2013. Pasukan sekolah kita muncul sebagai satu-satunya sekolah dari negeri Perlis yang dipilih sebagai 10 pasukan yang terbaik di peringkat Zon Utara pada peringkat saring awal.

          Justeru itu, pada 14 September 2013, pasukan ini telah mewakili sekolah dan juga negeri Perlis untuk bersaing dengan 9 pasukan yang lain dari Kedah, Pulau Pinang dan Perak di Auditorium Pusat Pembangunan Industri dan Pengurusan Kedah, Sungai Petani untuk peringkat separuh akhir ini.

Buat julung kali, peserta daripada sekolah kita iaitu Macklin A/K Limpan dan Mohamad Imran B Idris telah berjaya memenangi tempat yang kedua dalam peringkat zon. Ini memberikan satu galakan dan pengalaman yang baik kepada pelajar kita. Berikut merupakan keputusan rasmi Pertandingan Petrosains Science Show Competition 2013 Peringkat Zon 6 :

Johan : MRSM Pendang

Naib Johan : SMK Syed Sirajuddin

Ketiga : SMK Raja Permaisuri Bainun

Disediakan oleh :

Pn. Ooi Hooi See