Pada 18 – 22 Mei yang lalu, Program Gala Kokurikulum Peringkat Kebangsaan Tahun 2015 telah diadakan di Kem Tekali, Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Selangor. Setiap negeri diwajibkan menghantar kontinjen seramai 16 orang pelajar tingkatan 4 bersama 2 orang guru pengiring.
Seramai 5 orang pelajar Semsira telah terpilih mewakili Perlis di program tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah lawatan ke Muzium Autmobil Nasional serta Muzium Alam Sekitar, aktiviti basikal lasak, orienteering, paintball, ikhtiar hidup dan scuba diving.
Pelajar Semsira yang terpilih tersebut adalah seperti berikut:
1) Mohamad Ramiesyahmir bin Ramle (Naib Johan Pertandingan Kebudayaan)
2) Muhammad Zaheran bin Zamzuree (Tempat ke-3 Pertandingan Orienteering)
3) Norhasya Damia binti Mohd. khadri (Tempat ke-3 Pertandingan Kebudayaan)
4) Maizaitul binti Mustaqmal
5) Nursyafira Afiqah binti Roslan Ali