Program ” Jom Ke Sekolah” peringkat sekolah telah dilancarkan dan dirasmikan oleh wakil JPN Perlis iaitu En Rasli b. Rashid dan Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu ASP. Mohd Yusry b. Mahamad Ghaus pada hari Isnin, 6 Februari 2017 bertempat di Tapak Perhimpunan Semsira. Program ini merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan PDRM dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.
