Program Jom Solat – Latihan Merentas Desa 2014

Pada 15 Januari 2014 dan 16 Januari 2014, aktiviti latihan merentas desa untuk semua rumah sukan telah dijalankan mengikut kawasan yang telah ditetapkan.  Sebelum latihan merentas desa diteruskan, program JOM SOLAT yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam berlangsung di Dewan Terbuka untuk pelajar lelaki dan di Surau Baru untuk pelajar perempuan.  Para pelajar dan guru telah menunaikan Solat Asar berjemaah di tempat yang telah ditetapkan. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar.  Bagi pelajar bukan Islam dan yang tidak boleh solat, mereka diminta berkumpul di dataran patriotik.