Program Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2014

Program Maulidur Rasul Peringkat Sekolah SMK Syed Sirajuddin telah berlangsung pada 17 Januari 2014 yang lalu. Program ini merupakan anjuran Panitia Pendidikan Islam Semsira. Program dimulakan dengan bacaan Bacaan Yaasiin Serta Tahlil buat Allahyarhamah Pn. Hamidah bt Salim (Mantan Guru Semsira) yang telah kembali ke rahmatullallah sewaktu cuti persekolahan akhir tahun baru-baru ini. Program diteruskan dengan Tazkirah yang disampaikan Oleh Ustaz Roslan dan diikuti dengan
Alunan Qasidah Oleh Pelajar Persatuan Agama Islam Dan Kelab Nasyid. Program diakhiri dengan para guru dan pelajar bersalawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.