PROGRAM ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 & 4 2014

                     

 

           Program orientasi pelajat Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2014 telah dijalankan pada 2 Januari 2014 sehingga 6 Januari 2014.  Kedua-dua program ini dijalankan selama 3 hari dan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pengelola Minggu Orientasi  Pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. 

            Orientasi  Pelajar  Tingkatan 1 telah dijalankan di Dewan Terbuka dengan jayanya.  Pada 2 Januari 2014, para pelajar  Tingkatan 1 diberi taklimat Minggu orientasi dan Ice Breaking oleh GK Sains dan Matematik  , latihan dalam kumpulan, taklimat pusat sumber oleh Guru media Pusat Sumber, dan Nyanyian lagu sekolah yang dikendalikan oleh En. Azhar dan En. Razali.  Pada 3  Januari 2014, para pelajar diberi taklimat  berkaitan disiplin, pengisian data murid,  penataran PBS, biasiswa, kokurikulum dan berakhir dengan Nyanyian lagu sekolah.

         Orientasi Pelajar Tingkatan 4 pula telah dijalankan di Dewan Tertutup.  Orientasi bermula pada 2 Januari 2014, dimana para pelajar mendengar taklimat disiplin, Kekemasan Diri dan taklimat dari PK Pentadbiran, PK Hem, PK Kokurikulum dan GBKSM.  Pada 3 Januari 2014, para pelajar mendengar taklimat berkaitan SPM dan Subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.

       Pada 6 Januari 2014, para pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 telah diagihkan buku teks dan mendengar Perasmian Penutup oleh Tuan Pengetua.  MInggu Orientasi diakhiri dengan pengurusan bilik darjah bersama-sama dengan guru Tingkatan masing-masing.