Program Orientasi Tingkatan 1 2016

 

Program Orientasi Tingkatan 1 bagi Tahun 2016 telah dijalankan pada 4 Januari 2016 sehingga 7 Januari 2016 ( Isnin – Khamis) di Dewan Terbuka. Program ini merupakan anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling. Pelbagai aktiviti telah dijalankan iaitu Taklimat Minggu Orientasi & Ice breaking, Taklimat Pusat Sumber, Taklimat Koperasi, Taklimat biasiswa, Lawatan Bilik Khas, Penataran PBS, Inventori Tret Personaliti dan Inventori Minat Kerjaya, Taklimat Disiplin, Bersama barisan Pentadbir, Amanat Pengetua dan nyanyian Lagu sekolah. PdP bermula pada hari Khamis bermula pukul 11.25 pagi selepas urusan pengagihan kelas dan buku teks serta pengurusan bilik darjah oleh Guru Tingkatan.