Sambutan Hari Raya AidilFitri peringkat sekolah telah disambut pada 31 Julai 2015, hari Jumaat di Smk Syed Sirajuddin. Sambutan dimulakan dengan bacaan Yassin pada jam 7.30 pagi diikuti dengan taklimat mengenai Sambutan Hari Raya Aidilfitri, ceramah ‘Sambutan Aidilfitri” dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam, jamuan makan pelajar di kantin sekolah, gotong royong membersihkan kawasan kantin dan jamuan guru di Dewan Terbuka. Majlis disambut dengan meriahnya oleh para pelajar pelbagai kaum, para guru & staf Smk Syed Sirajuddin yang memakai pakaian raya yang berwarna warni.