Sambutan Bulan Kemerdekaan 2013

    Bersempena ulang tahun kemerdekaan Negara kita yang ke-56, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin telah menganjurkan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke-56  pada 26 Ogos 2013.

       Acara Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan bermula pada 7.30 pagi pada 26 Ogos di Tapak Perhimpunan. Atur cara majlis bermula dengan nyanyian lagu Negaraku (upacara menaikkan Jalur Gemilang), Lagu Negeri dan Lagu Jalur Gemilang. Seterusnya ucapan Perasmian Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dirasmikan oleh En. Zainol Abidin b. Ahmad Pengetua SMK Syed Sirajuddin. Kemudian ucapan tokoh sejarah oleh Yang Berbahagia Dato’ Johari b. Mohd Darus yang menceritakan tentang pensejarahan Tanah Melayu Khususnya di negari Perlis. Kemudian gimik pelancaran atau simbolik pelancaran yang di ketuai oleh En. Razali berjaya memukau warga Semsira dengan sekumpulan askar membawa turun bendera Jalur Gemilang dari bangunan. Sebaik sahaja Jalur Gemilang diserahkan kepada Tuan Pengetua, laungan “MERDEKA” sebanyak tujuh kali sebagai tanda semangat dan pelajar seterusnya menyanyikan lagi “Tanggal 31” dan “Keranamu Malaysia”. Kemudian persembahan sajak oleh adik Nor Eylia dari 5A mendeklamasikan sajak Kemerdekaan. Dan seterusnya nyanyian karaoke oleh cikgu Hirjusna dan cikgu Saiful. Majlis tamat pada pukul 10.30 pagi.

 

SALAM MERDEKA, “MALAYSIA BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU”

 

Disediakan oleh,

Nor Hazma Bt Ahmad