Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SMK Syed Sirajuddin telah dijalankan pada 16 Mei 2014, Hari Jumaat. Sambutan dimulakan dengan perarakan para guru dari kantin ke Dataran Patriotik. Kemudian, diikuti dengan nyanyian Lagu Negaraku, ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis, bacaan doa, Ucapan wakil pelajar, Ucapan Tuan Pengetua, Perutusan Khas Menteri Pelajaran Malaysia, Perutusan Khas Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia, Nyanyian laguHari Guru, persembahan guru dan pelajar dan acara sukan bola jaring dan bola sepak antara guru dan pelajar. Sambutan diakhiri dengan jamuan pelajar dan guru.