Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada 19 Mei 2015, hari Selasa di Dataran Patriotik SMK Syed Sirajuddin. Tema Hari Guru pada tahun ini adalah ” Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak.
Para guru Semsira telah menunjukkan semangat bekerjasama dan “sporting” dalam menggayakan pakaian seragam sekolah. Majis dimulakan dengan pelajar dan guru berkumpul di Dataran Patriotik. Seterusnya, lagu Negaraku dan lagu Negeri dinyanyikan, diikuti dengan ucapan wakil pelajar, bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, ucapan Pengetua, pemberian cenderahati oleh pelajar tingkatan 6, persembahan bacaan ikrar Guru Malaysia, nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan Biarku Menjadi lilin dan upacara memotong kek. Majlis diteruskan lagi dengan acara Sukaneka untuk guru perempuan dan Bola Sepak untuk guru lelaki. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan jamuan guru.